The Witcher Netflix Bakal Tiba Pada Disember Ini – Saksikan Trailer Baru

Netflix akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk rancangan The Witcher yang berdasarkan novel dan game terkenal dengan nama yang sama.

Saksikan trailer utama The Witcher memperlihatkan Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia bertarung dengan askar, memburu raksasa dan bertemu dengan Yennefer di bawah:

Rancangan The Witcher ini mengikuti Geralt, seorang pemburu raksasa yang dicipta melalui mutasi magik dalam pengembaraan di seluruh The Continent untuk mencari dirinya yang sebenar.

Siri The Witcher ini sepenuhnya berdasarkan novel yang dikarang oleh Andrzej Sapkowski. Dalam trailer di atas, ia menunjukkan bibit pertemuan pertama dengan Yennefer (Anya Chalotra) dan lihat sedikit sedutan Ciri (Freya Allan) di sebalik kubu Novigrad.

Walaupun tiada apa-apa kaitan dengan game popular dibangunkan oleh CD Projekt Red, trailer juga mendedahkan babak Geralt dalam tab mandi untuk cuci mata korang.

Rancangan The Witcher bakal hadir di Netflix pada 20 Disember 2019. 

Adakah korang teruja untuk melihat The Witcher di Netflix? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+