The Witcher Netflix Tiada Kena Mengena Dengan Game

Semasa di San Diego Comic Con, rancangan khas Netflix The Witcher telah mengadakan panel dibarisi oleh penerbit, Lauren Schmidt Hissrich dan para pelakon, Henry Cavill (Geralt), Freya Allan (Ciri) dan Anya Chalotra (Yennfer) bagi menayangkan trailer pertama untuk siri pengembaraan fantasi berdasarkan novel dikarang oleh Andrzej Sapkowski.

Pandang pertama trailer ini adalah ia menampilkan aura yang berlainan jika dibandingkan dengan apa yang kita lihat dalam video game. Korang boleh saksikan trailer rasmi di bawah:

The Witcher berdasarkan koleksi cerpen The Last Wish

Melalui trailer di atas, kita lihat Geralt of Rivia, Yennefer dan Ciri masing-masing menempuh cabaran berbeza dalam pergolakan antara manusia, bunian (elf) dan kerdil (dwarf) di The Continent. 

Menjawab kepada persoalan pelbagai kelainan ini, Hissrich mendedahkan kepada Gamespot bahawa rancangan TV ini direka berdasarkan buku bertajuk The Last Wish iaitu satu koleksi cerpen yang dianggap sebagai buku pertama ke dalam siri novel.

Beliau menjelaskan, “The Last Wish merupakan buku pertama saya baca dan ini pertama kali saya merasai pengalaman sebenar dunia The Witcher. Saya gemar semua buku, tetapi ini (The Last Wish) adalah pintu masuk ke dalam dunia ini. Oleh sebab itu, saya lihat rancangan ini dapat mengikut intipati penting dalam The Last Wish.”

“Apabila saya mula berbincang dengan Netflix untuk rancangan ini, saya fikir semua orang akan bermula dengan saga (buku-buku yang diinspirasikan untuk siri game The Witcher) kerana ini adalah jalan cerita yang sudah terkenal dan mudah untuk orang ikuti (binge-watching).”

Namun, Hissrich mengambil pendekatan berbeza untuk Netflix dan menyarankan ia lebih bagus menyampaikan The Witcher dalam landskap baru. Beliau berkata, “Saya kata kepada Netflix, ‘Anda tidak boleh berbuat demikian tanpa membentuk dunia terlebih dahulu.’ Saya rasa salah satu cabaran terbesar bagi siri TV untuk Netflix ini adalah di mana saya mahu mulakan rancangan The Witcher ini.”

Bukan The Witcher yang korang kenal dari game

Jadi, adakah The Witcher versi Netflix akan mengambil inspirasi daripada siri game dibangunkan oleh CD Projekt Red? Jawapannya adalah tidak. Hissrich hanya berpandukan sumber daripada novel sahaja dan tidak akan ada adaptasi daripada game langsung.

Hissrich juga menjelaskan beliau rancang untuk bangunkan setiap musim mengikut novel. “Saya hanya buat adaptasi untuk satu musim buat masa sekarang dan saya sungguh teruja untuk musim ini.”

“Jika ada orang datang dan kata kepada saya, ‘Apa bakal terjadi dalam musim ke-7?’ Sudah tentu saya sudah fikirkan dan harap-harap kita bakal sampai ke tahap itu,” kata Hissrich.

Hissrich juga pernah main siri game The Witcher sama seperti teraju utama, Henry dan berpendapat peminat game The Witcher juga akan menyukai rancangan The Witcher tak kisahlah dari sumber mana pun. Beliau memahami akan kesangsian yang dikongsikan oleh semua peminat The Witcher.

“Saya sudah bermain game juga, tetapi saya rasa cerita kami memang berdasarkan daripada buku. Kalau anda sukakan game, sukakan karakter dan sukakan cerita yang anda jumpa di situ, saya rasa anda tentu akan jatuh cinta dengan rancangan Netflix ini juga,” luah Hissrich.

The Witcher akan hadir ke Netflix pada tahun ini. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+