TI 10: IG tewaskan Team Spirit, kini berada di top 6

The International 10 sudah masuk peringkat main event ketika ini. Perlawanan pertama menyaksikan pasukan IG akan berlawan dengan pasukan Team Spirit.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan IG menggunakan draft Monkey King, Slardar dan Leshrac sebagai core. Rotasi yang dilakukan oleh ketiga hero ini sangat berkesan pada minit awal permainan. 

Namun begitu, Team Spirit tidak mudah mengaku kalah, mereka juga membawa masuk hero yang kuat seperti Invoker dan Morphling. 

Team Spirit mula mengalami kesukaran selepas pasukan IG memberikan asakan dengan rotasi yang baik dilakukan oleh JT- dengan bantuan relocate. 

IG mula kecundang selepas Morphling berjaya mendapatkan rampage pada minit ke-36 selepas kesilapan Emo menggunakan blink dagger di hadapan lima orang musuh.

Pasukan Team Spirit terus menggunakan peluang itu untuk pushing ke arah throne dan menamatkan perlawanan pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Team Spirit lebih kuat di awal permainan, mereka menggunakan draft Shadow Fiend dan Chaos Knight untuk memberikan burst damage yang tinggi.

IG perlu bertahan untuk memberikan ruang kepada Morphling mendapatkan item core yang diperlukan.

Pada minit ke-40, pasukan IG mula mendapat kelebihan selepas Emo berjaya memberikan tekanan kepada pasukan Team Spirit dengan permainan begitu baik menggunakan Ember Spirit.

Pasukan Team Spirit menyerah kalah selepas mereka ditewaskan di Roshan Pit dan Morphling berjaya mencuri aegis. 

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan IG sekali lagi mengalami kekuarangan di minit awal permainan. Akan tetapi, mereka mula membalas asakan dari Team Spirit selepas tiba minit ke-10. 

Mars Arena dan Haunt dari Spectre berjaya memberikan kelebihan kepada pasukan IG. Selain itu, Emo juga memberikan tekanan dengan kemahiran mobiliti yang dimiliki hero seperti Storm.

Pasukan Team Spirit bermain dengan agak kucar kacir oleh kerana kombo Mars Arena dan Supernova memberikan damage over time dan berjaya mengawal perlawanan itu dengan begitu baik sekali.

Emo dan Flyfly terlalu kuat pada minit ke-35 dengan gold lead sebanyak 28 ribu. Team Spirit bermain dengan pasif oleh kerana Spectre dan Storm Spirit boleh menangkap mereka pada bila-bila masa sahaja.

Pasukan Team Spirit akhirnya menyerah kalah selepas mereka tidak mampu untuk mempertahankan base mereka pada minit ke-40. IG kini berada di top 6.

RELATED NEWS

+