TI 10: Pemain Malaysia, NothingToSay meraih sebahagian dari RM21 juta

Cheng “NothingToSay” Jin Xiang adalah salah seorang pemain dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke The International 10 baru-baru ini.

Beliau dengan pasukannya PSG.LGD meraih tempat kedua selepas tewas di tangan pasukan Team Spirit dengan skor 2-3. 

Walaupun hanya mendapat tempat kedua di acara e-sukan yang paling berprestij itu. Beliau mendapat sebahagian dari jumlah wang hadiah terkumpul sebanyak AS$5.2 juta (RM21 juta).

NothingToSay sertai PSG.LGD pada bulan September 2020 hasil dari pinjaman dari pasukan Ehome ketika itu. Juara Animajor ini baru sahaja berusia 20 tahun.

Kemahiran mekanikal yang dimilikinya menjadikan beliau salah seorang mid laner terbaik di arena e-sukan Dota 2 ketika ini.

Cheng juga pernah mencapai 12,000 mmr pada bulan 20 mei lalu, tahniah diucapkan kepada Cheng kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

RELATED NEWS

+