mengumumkan TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan."> mengumumkan TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan." /> mengumumkan TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan." />

TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan

Valve baru-baru ini mengumumkan TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan.

Jangan risau setakat ini yang dibatalkan hanya di Sweden sahaja. Valve dan Stockholm Live and Visit Stockholm sentiasa memberi komunikasi terbaik dengan Valve mengenai apa-apa berita baru.

Valve diberitahu pada dua minggu lepas Swedish Sports Federation telah mengundi untuk tidak menerima e-sukan untuk masuk ke Sweden.

Disebabkan itu, Valve bertindak untuk menghubungi Kementerian Dalam Negeri Sweden bagi memberi pengiktirafan TI10 – Dota 2 Championship sebagai acara sukan yang elit.

Namun permintaan Valve ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri Sweden.

Acara TI10 terpaksa dibatalkan di sana akibat dari situasi politik di Sweden pada masa ini.

Valve juga mengesyorkan bahawa mereka masih komited untuk mengadakan The International tahun ini tetapi mungkin akan diadakan di negara Eropah yang lain.

RELATED NEWS

+