TI10: Harga skin Magnus mencanak susulan prestasi rancak Collapse

Perjalanan Team Spirit menjulang piala The International 10 adalah sebuah cerita yang bakal diceritakan pada generasi-generasi peminat Dota 2 akan datang. Walaupun pasukan ini tewas dengan Invictus Gaming pada pusingan pertama bracket atas yang meletakkan pasukan ini ke bracket bawah lalu menggugat kedudukan mereka di TI10.

Namun, Team Spirit bukan sekadar pada nama, semangat mereka membara ketika bertemu pasukan-pasukan gergasi seperti Fnatic dan OG di mana Team Spirit menghantar pulang kedua-dua pasukan ini dengan skor 2-0. Team Spirit juga membalas dendam kepada Invictus Gaming yang meletakkan mereka di bracket bawah pada awal kejohanan juga dengan skor 2-0.

Pada pusingan akhir TI10, Team Spirit bertemu PSG.LGD yang adalah antara pasukan terhebat di dunia. Namun, perlawanan sengit ini tamat dengan skor 3-2 yang berpihak kepada Team Spirit. Impian mereka menjulang piala TI10 serta menjadi bintang pada filem dokumentari True Sight berjaya akibat permainan mantap Magomed “Collapse” Khalilov dengan hero Magnus nya.

Susulan permainan hebat Magnus oleh Collapse, harga skin Magnus mencanak di Steam Community Market. Nilai kosmetik hero itu meningkat setinggi 200% pada minggu ini!

Bukan itu sahaja, kosmetik Taunt: Mag Power! juga meningkat setinggi empat kali ganda harga asal.

Ini dinamakan ‘Collapse Effect‘ oleh peminat-peminat Dota 2 yang meneliti pasaran kosmetik ini. Namun, ia tidak berakhir di sini kerana Collapse Effect ini juga mempengaruhi pick rate Magnus.

Apabila anda melihat bahawa kadar pilihan untuk semua hero adalah 8.26%, ini adalah angka yang sangat mengagumkan. Walaupun populariti meningkat baru-baru ini, graf peratusan kadar kemenangan Magnus tetap rata sekitar 47% pada bulan lalu.

RELATED NEWS

+