TI10: Ini sebab kenapa T1 yakin menentang PSG.LGD hari ini

Pasukan utama rantau SEA, T1, akan menghadapi cabaran paling sukar ketika melangkah ke pentas utama The International 10 (TI10) pada hari ini, 13 Oktober. Pasukan SEA akan menghadapi PSG.LGD, antara pasukan pilihan kejohanan dalam perlawnaan BO3 bracket atas.

Menjelang perlawanan ini, para pemain dan jurulatih T1 bercakap dengan media memberi beberapa pandangan berharga mengenai prestasi mereka setakat ini dan apa yang dapat diharapkan oleh peminat dalam perlawanan mereka menentang PSG.LGD. Pemain dari T1 menjelaskan apa yang salah pada Hari 1, apa yang mereka lakukan untuk pulih daripadanya, dan bagaimana mereka merancang untuk mengatasi TI10.

Permulaan TI10

Pasukan T1 mengalami kekalahan berturut-turut menentang Invictus Gaming dan Evil Geniuses, yang menyebabkan mereka jatuh ke bracket bawah.

“Pada hari pertama, kami rasa permainan kami agak lemah.” kata Matthew “Whitemon” Filemon. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan itu berusaha untuk mengenal pasti kesalahan yang dilakukannya dan berusaha untuk memperbaiki permainan mereka.

Nuengnara “23savage” Teeramahanon pula berkata bahawa mereka agak keliru dengan meta pada awalnya, tetapi selepas memerhati pasukan lain dan berbincang, mereka mula memahami meta yang kian berubah.

Kuku menjelaskan bahawa mentaliti mereka yang kuat membolehkan mereka pulih dari kemunduran ini dan bahawa mereka yakin bahawa mereka dapat membuat comeback walaupun mereka 0-4 dalam kumpulan.

Ayam Tambatan T1

T1 membawa sebahagian besar harapan peminat SEA ketika menuju ke acara utama TI10. Dengan empat dari lima pemainnya menjadi debut TI, pasukan akan mengharapkan kapten pasukan, Kuku untuk memimpin pasukan melalui situasi tekanan tinggi ini.

March menjelaskan peranan penting yang dimainkan oleh Kuku dalam T1, dari perspektif strategik. Beliau berkata, “Biasanya kebanyakan idea berasal dari Kuku, Xepher dan saya paling banyak membantu, yang lain hanya bermain Dota.”

March juga menekankan bahawa mereka mengikut dan menyokong sepenuhnya kepimpinan dan idea Kuku dan pasukan tidak akan pertikaikan keputusan beliau.

T1 tentunya mempunyai pertarungan yang sukar ketika mereka menghadapi PSG.LGD hari ini, jam 3PM. Pasukan SEA ini, dilengkapi dengan momentum yang mereka perolehi dari kemenangan 8 perlawanan dan pengaruh Kuku yang menenangkan dapat mengalahkan mana-mana pasukan pada hari itu, dan pasukan berkuasa PSG.LGD tentunya adalah cabaran yang dapat diatasi.

RELATED NEWS

+