EA Sports telah mengumumkan bahawa tiada demo percuma untuk FIFA 21 akan dilancarkan sebelum pelancaran versi penuh permainan tersebut. Keputusan ini dibuat kerana studio pembangunan memerlukan lebih masa untuk menyiapkan permainan penuh.
Perkara ini diumumkan melalui akaun Twitter rasmi EA Sports FIFA. Mereka akan mengambil masa untuk memastikan FIFA 21 dilancarkan dalam keadaan terbaik untuk konsol-konsol generasi kini dan generasi seterusnya.
We aren’t releasing a demo for FIFA 21.
Instead we’ve made the decision to focus our development team’s time on delivering the best full game experience for current & next-gen consoles.
We look forward to EA PLAY members jumping in 10 days from now and launching the game Oct 9.
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) September 21, 2020
Para pelanggan EA Play yang dijanjikan akses awal untuk mencuba FIFA 21 selama 10 jam bermula dari 1 Oktober hingga 9 Oktober ini tetap akan menerima kelebihan tersebut.
Sebelum ini, EA memang selalunya melancarkan demo percuma untuk permainan-permainan sukan terbitan mereka.
Penulis yakin FIFA 21 tidak melancarkan demo percuma kerana EA terlalu sibuk membangunkan permainan tersebut untuk dua generasi konsol berbeza. Tambahan pula, pandemik COVID-19 membuatkan proses pembangunan menjadi lebih sukar.
FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober tahun ini untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series X, Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.