Tiada EVOS Legends di Kejohanan Dunia, M2

Nampaknya juara edisi lepas, EVOS Legends tidak akan bertanding di kejohanan dunia Mobile Legends, M2.

Dalam laporan kami sebelum ini, hanya dua pasukan Indonesia iaitu Alter Ego Esports dan RRQ Hoshi diumumkan sebagai dua wakil negara tersebut.

Difahamkan, banyak pasukan yang tak dapat bertanding kerana pandemik COVID-19. Sebagai contoh, Orange Louvre Esports (wakil Malaysia) tidak bertanding kerana COVID-19. Begitu juga dengan EVOS Legends dan pasukan Amerika Syarikat, Gosu.

Pastinya berita ini agak mengecewakan peminat pasukan gergasi Indonesia itu kerana mereka mengharapkan EVOS mendapat slot khas sebagai juara tahun lalu.

RELATED NEWS

+