Tiada live tapi kelayakan MPL MY S10 akan berlangsung mengikut peraturan

Kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh akan dilangsungkan mengikut peraturan sudah ditetapkan, ujar Moonton.

Walaupun tiada sebarang siaran langsung, menurut mereka ia akan mengikut peratuan 7.10 yang mana pada perlawanan lapan terbaik, pemain perlu mematuhi beberapa perkara.

“Pemain perlu menyediakan webcam, memuat turun Discord dan mesti ada dalam saluran Discord pasukan.

“Sudut webcam juga mesti diperbetulkan untuk menunjukkan muka dan gameplay ditunjukkan di peranti pintar,” tulis peraturan itu.

Tambah peraturan itu lagi, pemain dilarang untuk menutup komunikasi dan kamera ketika panggilan (kelayakan berlangsung).

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan disediakan ini akan menyebabkan penyingkiran serta-merta dari kelayakan,”

Kelayakan MPL MY S10 akan berlangsung bermula esok hingga 9 Julai ini (Sabtu).

Pasukan MAB Esports dan Geek Fam sudah bersedia menunggu di posisi lapan terbaik.

RELATED NEWS

+