Tiada Perancangan Untuk PUBG 2, Kata Brendan ‘PlayerUnknown’ Greene

Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai “PlayerUnknown” iaitu pembangun kepada PlayerUnknown Battlegrounds (PUBG) mengundurkan diri daripada game battle royale yang mencipta fenomena ini.

Baru-baru ini, Greene mengumumkan beliau meninggalkan PUBG dan bertukar peranan ke PUBG Special Projects bertujuan untuk “menjelajah, bereksperimentasi, menghasilkan teknologi, alat, langkah permainan baru dalam pengalaman online multiplayer” bersama sekumpulan pembangun game dan penyelidik di Amsterdam.

Ketika ditemuramah oleh Gamesindustry.biz, beliau tiada keinginan untuk melakukan sekuel PUBG, “Konsep last man standing adalah menarik tapi saya sudah buat itu. Saya tiada perancangan untuk bangunkan PUBG 2. Saya sudah buat battle royale dan kini tiba masa untuk cuba perkara baru.”

Walaupun Greene tidak boleh mendedahkan projek apa yang sedang dilakukan di PUBG Special Projects, beliau berminat untuk memberikan pengalaman permainan online yang menghubungkan pemain secara lain daripada yang lain menggunakan teknologi baru bersama pengalamannya membangunkan PUBG.

PUBG Special Projects mengalu-alukan Greene dan pasukan baru untuk membangunkan game menjurus kepada pengalaman multiplayer ataupun apa jua jenis game. “Kami tidak melakukan ini untuk keuntungan. Satu hari nanti, mungkin kita dapat untung tetapi buat masa sekarang, ia adalah masa untuk meneroka perkara baru beberapa tahun ini.”

“Tiada tarikh akhir ditetapkan di sini. Industri game dan gaming telah menjadi begitu sukar dan kami sangat bertuah untuk ada ruang ini yang mana kami boleh jelajah dan sentiasa ingin tahu untuk masa kini,” jelas Greene.

Meskipun berpindah ke projek baru, Greene masih lagi kekal bersama PUBG Corp. sebagai penasihat kreatif PUBG. Beliau meluahkan hasrat dalam genre battle royale, “Saya mahu melihat e-sukan battle royale. Saya rasa pasukan kami bekerja keras untuk ke arah ini, cuma ia agak mengambil masa lama untuk menghasilkan satu e-sukan yang berjaya.”

Apex Legends

Beliau tidak merasa iri hati melihat game battle royale popular lain malah memuji usaha pembangun untuk menghasilkan battle royale tersendiri seperti Apex Legends dibangunkan oleh Respawn Entertainment tanpa apa-apa rancangan pemasaran. 

“Apex Legends melakukan sesuatu yang luar biasa. Mereka tidak gempar-gempurkan apa-apa langsung, mereka cuma umumkan dan hasilkan game yang hebat. Ia adalah satu tugas susah untuk lakukan sekarang. Saya tidak berasa cemburu dengan pasukan pembangunan dengan kejayaan mereka,” kata Greene.

PUBG menjadi begitu popular sehingga laris ke platform lain seperti PUBG Mobile yang diminati ramai

Beliau faham akan perasaan berkenaan kerana apa jua game dihasilkan melalui PUBG Special Projects agak sukar untuk mencipta sesuatu agak popular seperti PUBG. Secara asalnya, PUBG adalah sebuah mod (level direka khas) game lain iaitu DayZ dan kemudian, dibangunkan jadi game penuh yang dilancarkan ke PC pada 2017, konsol PS4 dan Xbox One serta mobile pada 2018. 

Baca lagi: PUBG Lite Dibuka Untuk Uji Di Malaysia Bermula Dari 14 Februari

Game ini berjaya melahirkan satu fenomena battle royale besar yang tumbuh bak cendawan seperti Fortnite dan Apex Legends serta francais game besar menyelitkan elemen ini seperti Call of Duty: Black Ops 4 dengan Blackout dan Battlefield 5 dengan Firestorm.

RELATED NEWS

+