Tiada ‘rezeki’ di MPL, Geek Fam menang kejohanan XM Esports Cup 2021

Keputusan kurang memuaskan di Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ketujuh sebelum ini sedikit sebanyak memberi iktibar kepada Geek Fam untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Seperti yang dikatakan jurulatih, Ariff Iswandi atau Amoux, kesilapan adalah pengajaran terbaik untuk mereka bangkit dengan lebih hebat.

Buktinya, mereka berjaya memenangi kejohanan XM Esports Cup 2021  yang dianjurkan GamesMY Esports semalam lalu membawa pulang RM5,000 berserta trofi.

Red Esports pula membawa pulang RM3,000 diikuti Madness Esports di tempat ketiga dengan RM1,500.

Di peringkat grand final, Geek Fam bertemu Red Esports dan berjaya meraih skor 3-2. Perlawanan tersebut sangat sengit kerana Red Esports sudah hampir meraih kemenangan namun pertahanan Geek Fam lebih hebat.

Kejohanan ini mengumpulkan 256 pasukan MLBB dan tujuh pasukan jemputan.

Antara pasukan jemputan adalah:
– Red Esports
– Geek Fam
– Suhaz EVOS
– Orange Esports
– Homebois
– Todak
– EVOS SG

Barisan pengulas:
– Cortx
– Adeen
– Cross
– Yunnie
– Shamilo
– Frost

Menurut wakil dari GamesMY Esports, Azmudeen berkata, sambutan diterima dalam kalangan komuniti meriah dan mereka suka konsep yang digunakan di mana ada peluang untuk pasukan bukan dari MPL yang menyertai kejohanan ini.

Kejohanan ini ditaja oleh XM Global Limited dan PCK Legacy sebagai penganjur bersama.

Penstriman langsung boleh disaksikan kembali di laman Facebook GamesMYEsports bagi anda yang terlepas menyaksikan perlawanan penuh.

RELATED NEWS

+