Horizon Forbidden West kini boleh dipra-tempah dalam bentuk digital atau cakera padat (fizikal). Guerilla Games menawarkan tiga edisi khas untuk dipra-tempah yang memberi beberapa item serta konten bonus yang menarik bagi peminat yang telah menempah permainan ini."> Horizon Forbidden West kini boleh dipra-tempah dalam bentuk digital atau cakera padat (fizikal). Guerilla Games menawarkan tiga edisi khas untuk dipra-tempah yang memberi beberapa item serta konten bonus yang menarik bagi peminat yang telah menempah permainan ini." /> Horizon Forbidden West kini boleh dipra-tempah dalam bentuk digital atau cakera padat (fizikal). Guerilla Games menawarkan tiga edisi khas untuk dipra-tempah yang memberi beberapa item serta konten bonus yang menarik bagi peminat yang telah menempah permainan ini." />

Tiga edisi khas Horizon Forbidden West sedia untuk pra-tempah

Horizon Forbidden West kini boleh dipra-tempah dalam bentuk digital atau cakera padat (fizikal). Guerilla Games menawarkan tiga edisi khas untuk dipra-tempah yang memberi beberapa item serta konten bonus yang menarik bagi peminat yang telah menempah permainan ini.

Tempahan edisi Digital Deluxe yang eklusif di PlayStation Store akan memberikan beberapa item dalam permainan serta konten bonus seperti:

  • Horizon Forbidden West (Digital) versi PS4 dan PS5
  • 2 kosmetik khas (Carja Behemoth Elite dan Nora Thunder Elite)
  • 2 senjata khas (Carja Behemoth Short Bow dan Nora Thunder Sling)
  • Pek Sumber dalam permainan, menganduni peluru, posyen, dan ‘travel pack’
  • Buah permainan Strike Apex Clawstrider Machine 
  • Gaya pose ekslusif dan cat muka
  • Buku seni digital
  • Album lagu digital
  • Novel grafik digital The Sunhawk, Horizon Zero Dawn.

Bagi yang menempah versi Collector, anda akan mendapat pelbagai bonus menarik yang pasti akan menunjukkan status anda sebagai peminat siri ini. Anda akan menerima:

  • Horizon Forbidden West (Digital) versi PS4 dan PS5
  • Kotak SteelBook Horizon Forbidden West 
  • Figura Aloy dan Tremortusk
  • Buku Seni Mini
  • 2 kosmetik khas (Carja Behemoth Elite dan Nora Thunder Elite)
  • 2 senjata khas (Carja Behemoth Short Bow dan Nora Thunder Sling)
  • Pek Sumber dalam permainan, mengandungi peluru, posyen, dan ‘travel pack’
  • Buah permainan Strike Apex Clawstrider Machine 
  • Gaya pose ekslusif dan cat muka
  • Album lagu digital
  • Novel grafik digital The Sunhawk, Horizon Zero Dawn.

Bagi yang betul-betuk mendalami siri Horizon Forbidden West ini, terdapat sebuah edisi pra-tempah yang paling hebat. Ia dikenali sebagai Regalla Edition yang mengandungi bonus-bonus seperti berikut:

  • Horizon Forbidden West (Digital) versi PS4 dan PS5
  • Kotak SteelBook Horizon Forbidden West 
  • Figura khas Aloy dan Tremortusk yang bertemakan Regalla
  • Replika alat Focus serta 
  • 2 Kad Cetakan 
  • Replika fizikal buah permainan Strike Sunwing and Clawstrider Machine
  • Buku Seni Mini
  • Peta Kanvas
  • 2 kometik khas (Carja Behemoth Elite dan Nora Thunder Elite)
  • 2 senjata khas (Carja Behemoth Short Bow dan Nora Thunder Sling)
  • Pek Sumber dalam permainan, mengandungi peluru, posyen, dan ‘travel pack’
  • Buah permainan Strike Apex Clawstrider Machine 
  • Gaya pose ekslusif dan cat muka
  • Album lagu digital
  • Novel grafik digital The Sunhawk, Horizon Zero Dawn.

Pemainan dunia terbuka Horizon Forbidden West adalah sambungan kepada Horizon Zero Dawn yang dilancarkan di PlayStation 4 pada tahun 2017. Permainan yang dilancarkan pada tahun 2017 itu mendapat respon yang amat memberangsangkan dari kritik dan para pemain, jadi tidak mengejutkan bahawa ramai peminat sedang menunggu tarikh pelancaran Horzion Forbidden West.

Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 18 Februari, 2022 di pelantar PlayStation 4 dan PlayStation 5. Pemain yang membeli Horizon Forbidden West di PlayStation 4 akan dapat menaik taraf ke versi PlayStation 5 secara percuma.

RELATED NEWS

+