Tiket M3 sudah habis dijual

Singapura: Tiket untuk menyaksikan kejohanan dunia Mobile Legends, M3 di Pusat Pameran dan Konvesyen Suntec, Singapura kini sudah habis terjual.

Menurut Moonton, ia terjual dalam masa kurang dari seminggu. Difahamkan, lokasi kejohanan itu hanya boleh menempatkan sehingga 178 penonton untuk setiap perlawanan dilangsungkan.

Bagi sesiapa yang sudah membeli tiket bermula RM60 (SGD20) itu, mereka akan menerima bundle untuk menebus hero, emblem, skins dan lain-lain lagi.

Kejohanan dunia, M3 akan berlangsung pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik seluruh dunia berentap merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Penonton terutamanya warga Singapura dapat menyaksikan perlawanan langsung pada 17 Disember hingga 19 Disember ini.

RELATED NEWS

+