Tiket SneakerLAH mula dijual, dapatkan ‘merchandise’ eksklusif EsportsLAH

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Jualan tiket bagi acara SneakerLAH kini mula dijual dan yang menariknya, peminat e-sukan juga boleh turut hadir menyertai segmen baru, EsportsLAH.

Acara kerjasama dengan GamesMY Esports ini mengumpulkan pembangun, organisasi e-sukan dan juga jenama pakaian urban tempatan di bawah satu acara. 

Pengarah GamesMY Esports, Muhamad Syamsul Helmi Mat Yusoff

Tarikan EsportsLAH kali ini adalah pertandingan MLBB, Tekken 8 dan EA Pro Club. Kami juga ada esports fashion show yang melibatkan beberapa pasukan esports seperti Homebois, Todak, SRG dan jenama yang pernah terlibat dengan esports seperti TNTCO,” kata Pengarah GamesMY Esports, Muhamad Syamsul Helmi Mat Yusoff.

Katanya, selain acara e-sukan, mereka juga bakal memeriahkan EsportsLAH dengan watch party bagi playoffs MPL MY S14 yang akan berlangsung di Johor Bahru tidak lama lagi. Selain itu, pengunjung berpeluang mengambil bahagian di zon freeplay dan menyaksikan pertandingan cosplay.

  

Harga tiket untuk kemasukan adalah RM30 dan RM80 untuk VIP. 

Bagi naiktaraf nilai tiket sebanyak RM20, anda akan mendapat akses kemasukan selama dua hari, dan barangan edisi terhad serta akses ke zon freeplay dan banyak lagi.

Malah, dengan tambahan RM20, anda boleh naik taraf nilai tiket untuk mendapatkan merchandise eksklusif dari EsportsLAH dan dan macam-macam lagi ganjaran.

 

Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket dengan segera, boleh layari laman web ini dan bagi anda yang berminat mencabar diri dalam kejohanan MLBB, Tekken 8 dan EA Pro Club, boleh layari laman web ini.

Foto: SneakerLAH, EsportsLAH

RELATED NEWS

+