Tips Ejen Ali Agents’ Arena – apa posisi ejen anda?

Dalam permainan video Multiplayer Online Battle Arena (MOBA), setiap karakter akan mempunyai posisi masing-masing.

Tips ini adalah untuk mengajar anda semua yang tidak biasa dengan istilah-istilah dari MOBA.

Jom kita lihat dahulu posisi ejen-ejen dalam Ejen Ali Agents’ Arena.

Posisi Ejen

Setakat ini ejen-ejen boleh diklasifikasikan kepada tiga posisi utama iaitu Carry, Tanker, dan Supporter.

Carry

Carry adalah selalunya adalah untuk karakter yang akan menjadi penyerang dan boleh mengeluarkan damage yang tinggi dan banyak dalam masa singkat atau jangka masa yang lama.

Setakat ini Ejen Ali Agents’ Arena cuma mempunyai 4 ejen untuk posisi ini iaitu Ejen Ali, Ejen Alicia, Ejen Roza dan Ejen Rudy.

Walaupun keempat-empat karakter ini mempunyai cara permainan yang berbeza, mereka adalah antara karakter yang boleh mengeluaran damage dengan banyak untuk masa yang singkat atau jangka masa tertentu.

Dua ejen di dalam posisi carry ini yang mempunyai cara bermain yang dikatakan sedikit berbeza dari carry tradisional seperti Ejen Ali dan Ejen Alicia.

Bagi ejen seperti Ejen Roza, sebenarnya Roza adalah carry yang dianggap sebagai burst carry.

Burst carry adalah carry yang boleh mengeluarkan damage dalam jangka masa yang pendek dan sangat mudah untuk mengalahkan pihak lawan dengan permainan ‘hit and run’.

Rudy pula mempunyai kuasa untuk menjadi halimunan.

Beliau boleh menjadi Ganker atau Flanker untuk pasukan anda dengan menjadi halimunan bagi menangkap zon yang dibiarkan atau juga menjadi penyerang dari belakang untuk menyerang musuh dengan dua pasukan anda di hadapan dan anda berada di belakang.

Tanker

Tanker pula adalah karakter yang menjadi barisan hadapan untuk menyerap semua damage dari pihak musuh bagi menjaga zon di dalam permainan.

Mika adalah satu-satunya karakter tanker Ejen Ali Agents’ Arena setakat ini.

Posisi Mika di dalam setiap pasukan adalah penting bagi mendapatkan dan juga mengawal zon.

Supporter

Supporter pula adalah karakter yang membolehkan carry anda mengalahkan pihak lawan dengan lebih mudah. Supporter juga adalah posisi yang penting untuk membantu mengenakan damage dari belakang.

Hanya satu sahaja ejen supporter setakat ini iaitu Khai.

Khai dikatakan support untuk kesemua ejen atas kebolehannya untuk memperlahankan pihak musuh. Khai juga boleh menjadi karakter yang akan membuat poke damage ke atas pihak musuh disebabkan jarak serangannya yang begitu jauh.

Mungkin nanti kita akan mendapat lagi karakter-karakter baru dari Ejen Ali seperti Ejen Bakar sebagai tanker, Ejen Moon sebagai carry baru dan Ejen Jet sebagai support yang boleh terbang ke mana sahaja.

 

RELATED NEWS

+