Posisi mage seringkali menjadi rebutan pemain di Honor of Kings. Tanyalah sesiapa pun, hero mage mudah dimainkan kerana boleh mengenakan damage dari jarak jauh dan agak selamat dari musuh. Oleh itu, hero mage direka dengan pelbagai skill set yang boleh kombo dengan hero posisi lain ataupun support.
Daji antara hero mage yang jarang digunakan di rank Grandmaster dan ke atas namun hero ini sebenarnya mempunyai damage-scaling yang agak baik dan bagus untuk single-target.
Kalau di late game, Daji mampu untuk one-shot KO musuh yang squishy seperti marksman dan assassin dengan mudah. Jom penulis kongsi set kuasa dan tips membeli item yang sesuai untuk Daji.
Pasif – Captivate
Skill yang dikenakan kepada musuh mampu menurunkan magic defense (boleh stack sebanyak tiga kali)
Tips – Pasif Daji inilah yang membuatkan serangannya begitu menyeramkan pada fasa mid game dan late game di mana jika anda berjaya snowball pada awal, kombo skill 2, ultimate dan skill 1 mampu melenyapkan musuh dengan begitu saja kerana kekurangan magic defence.
Skill 1 – Soul Impact
Daji melancarkan satu serangan shockwave mengikut arah kawalan butang.
Tips – Kuasa ini sangat berkesan untuk menghilangkann minion wave di mana-mana laluan dan cooldown yang cepat membuatkan Daji hero yang sesuai untuk menghalang Overlord Vanguard dari mara ke arah base anda. Kuasa ini juga boleh melepasi dinding dan objek.
Skill 2 – Strike a Pose
Daji melancarkan serangan cinta kepada musuh, lalu memegunkan mereka dan dikenakan damage.
Tips – Kuasa ini mampu menukar arus perlawanan lebih-lagi lagi jika jungler musuh terkena skill ini. Anda boleh menggunakannya untuk halang pergerakan musuh dari mara ke arah marksman dan gunakan ultimate dan skill 1 sebagai pelengkap kombo
Ultimate – Heartbreaker
Melancarkan serangan berterusan secara rawak (sebanyak lima kali).
Tips – Skill ini sesuai digunakan jika anda berdepan seorang saja musuh atau memperbetulkan posisi untuk kuasa ini mengutamakan musuh anda inginkan. Disebabkan sasarannya adalah rawak, kuasa ini harus digunakan dengan secepat mungkin.
Justeru, tips boleh digunakan ialah menyorok dalam semak dan menunggu seorang musuh yang tidak berwaspada. Ingat, kombo Skill 2>Ultimate>Skill 1 adalah paling berbisa.
ITEM BUILD
Boots of Deftness
Tips – Kasut ini membolehkan anda bergerak dengan laju dalam peta untuk gank Clash lane atau Farm lane. Jadi ia harus menjadi item wajib untuk dapatkan snowball pada fasa awal permainan.
Scepter of Reverberation
Tips – Selain menambahkan kelajuan pergerakan sebanyak tujuh peratus, item ini juga penting kerana memberikan kesan letupan dari kuasa digunakan dan scale mengikut kekuatan magic damage anda.
Savant’s Wrath
Tips – Item ini adalah wajib untuk mage dengan kuasa burst kerana ia menambahkan sebanyak 30% magical attack kepada penggunanya.
Void Staff
Tips – Selain menambahkan nyawa dan magical attack, ia juga memberikan magical pierce sebanyak 45% sesuai untuk menumbangkan musuh yang membeli item magic defence.
Splendor
Tips – Penulis rasakan, selepas menyiapkan tiga item magic utama, Splendor sangat penting kerana memberikan magical attack dan 10% cooldown reduction. Selain itu, anda boleh menggunakan item ini dengan menekang butang untuk kekal immune dari segala serangan selama 1.5 saat.
Tome of Wisdom
Tips – Ini adalah item terakhir yang memberikan sebanyak 400 magical attack, 10% cooldown reduction dan semestinya pasif yang menguatkan lagi damage sebanyak 0.8% bagi setiap 100 magical attack. Maksimum *12%.
Bagi Arcana pula, letakkan sebanyak 10 Nightmare, 5 Harmony, 5 Hunt dan 10 Mind’s Eye yang menekankan kepada magical pierce dan kelajuan pergerakan (movement speed). Gunakan Flash untuk spell bagi melarikan diri dengan mudah atau untuk gameplay lebih agresif.
SINERGI BERKESAN
Jika anda bermain Daji, pasti ada hero lain yang sesuai untuk kombo pihak musuh. Ini kerana Daji mempunyai daya pertahanan yang lemah dan dengan mudahnnya ditangkap jika posisi anda tidak betul. Malah, pemain Daji yang culas dan tidak mementingkan posisi boleh menyebabkan teamfight itu kalah kerana kekurangan mage yang boleh burst dengan cooldown rendah.
Sun WuKong
Hero monyet ini mempunyai skill yang mampu burst pihak musuh dengan cepat. Jika digandingkan dengan Daji, anda berdua boleh melakukan rotasi dengan cepat dan menamatkan riwayat pihak musuh terutamanya duo di farm lane yang mungkin overextend sehingga ke menara pertahanan anda.
Nakoruru
Ini antara satu lagi hero jungler burst yang mempunyai mobiliti untuk lari dan pada masa sama menyerang dengan agresif. Ultimatenya yang boleh terbang dan bergerak pantas di peta sangat sesuai digandingkan dengan Daji yang membeli Boots of Deftness.
Musashi
Sebagai hero jungler dengan ultimate yang mampu mengunci pergerakan dan meelambungkan musuh, Musashi dan Daji boleh bergerak seiring untuk gank dan tidak membiarkan musuh bernafas di lane masing-masing.
Banyak lagi hero jungler boleh kombo dengan Daji cuma anda perlu pastikan mereka adalah assassin dengan kemampuan rotasi yang baik dan skill yang mampu kunci pergerakan musuh.
COUNTER
Jika anda berhadapan dengan Daji yang pandai main, mudah saja untuk counter.
Gunakan Prince of Lanling sebagai jungler kerana hero ini mampu menyelinap ke backline dan menyasarkan Daji yang mungkin bermain posisi di belakang. Prince of Lanling mempunyai burst yang tinggi untuk counter Daji.
Selain itu, perhatikan mana-mana semak yang mungkin menjadi potensi untuk Daji menyorok. Jika anda pengguna marskman, elakkan dari bergerak seorang diri ketika fasa late game. Bergeraklah dengan support yang mampu melindung dan boleh periksa semak jika ada Daji menunggu.