“Tips untuk guna Paquito, nampak musuh bantai sahaja,” – Chibi

Perlawanan terakhir di minggu keenam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-10 menyaksikan pasukan Homebois akan menentang Todak.

Permainan pertama dikuasai oleh Homebois dengan penggunaan Paquito oleh Chibi. Dia berjaya melakukan rotasi dan menumbangkan ahli pasukan Todak.

Granger yang digunakan oleh Ciku nampak tidak begitu berkesan dan dia sering ditewaskan di dalam pertarungan.

Todak yang mengalami kesukaran untuk menghentikan asakan dari Chibi lalu tewas pada minit ke -14.

Perlawanan kedua diteruskan dengan draft yang berbeza oleh pasukan Todak. Pasukan Todak berjaya mengawal objektif dan mendapatkan turret yang diperlukan.

Kekuatan pasukan Todak dengan penggunaan Julian dan Ruby sangat berkesan untuk menghentikan barisan hadapan pasukan Homebois.

Momo yang menggunakan Claude bijak mengeluarkan Blazing Duet dan menyasarkan barisan pemain Homebois yang berada di belakang iaitu Vins dan juga Anip.

Pasukan Todak kemudian menamatkan permainan pada minit ke-17.

Di perlawanan ketiga, pasukan Homebois lebih mendominasi dengan pengawalan peta dan objektif.

Pasukan Homebois mempunyai Balmond untuk mendapatkan turtle dan Lord manakala pasukan Todak menghadapi kesukaran untuk memulakan pertarungan.

Luminous Lord yang berjaya diambil oleh pasukan Homebois memberikan mereka kemenangan.

Di dalam temubual kemenangan sebentar tadi, Chibi ditanya tentang tips bermain Paquito oleh kerana prestasinya bermain hero itu sangat cemerlang.

“Tipsnya hanya tekan-tekan sahaja, kalau nampak musuh bantai saja,” jawab Chibi.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+