Tips untuk push rank dalam Mobile Legends

Semestinya dalam Mobile Legends perkara yang tidak mudah adalah untuk naik rank.

Malah, boleh dikatakan kebanyakannya berakhir dengan emosi.

Tidak lupa juga pelbagai jenis perangai pemain-pemain yang anda jumpa dan pasti menyukarkan lagi anda untuk naik rank.

Apa tips untuk push rank Mobile Legends: Bang Bang?

1. Jangan Bermain Solo

Top 10] Mobile Legends Best Hero To Solo Rank Up! | GAMERS DECIDE

Sudah semestinya ramai orang bermain dengan rakan-rakan untuk naikkan rank.

Solo tidak bermakna anda tidak mampu tetapi dengan pemain yang suka troll, afk dan pelbagai sebab lagi menunjukkan bermain dalam party lebih memudahkan anda.

2. Main pada waktu pagi atau siang

a few days ago i played mlbb solo queue then i saw 3 players go offline the  same time : r/MobileLegendsGame

Kebanyakan pemain selalunya bermain pada malam hari selepas bekerja atau sekolah.

Malam juga mempunyai ramai pemain-pemain yang hebat termasuklah pemain profesional yang baru saja mula mendaki ‘rank’.

Jadi waktu terbaik adalah pada pagi atau siang hari di mana orang yang bermain rank jauh lebih sedikit.

3. Lihat perlawanan MPL

Sudah semestinya melihat permainan profesional bermain banyak membantu anda.

Anda boleh belajar dari mereka yang hebat terutamanya dari segi mekanik, mikro dan makro.

Disiplin pemain-pemain ini boleh diikut seperti cara mereka membuat rotasi dan mengawal permainan.

4. Kuasai sekurang-kurangnya dua hero untuk semua jenis posisi

Jika anda tidak mempunyai party, ini adalah cara terbaik jika anda tidak dapat menggunakan hero yang anda suka atau hebat.

Anda tidak perlu hebat semua hero dalam semua peranan tetapi jika anda dapat meluaskan lagi cara permainan anda dengan menguasai dua hero dalam setiap role pasti akan membantu.

Malah, ia akan menjadikan anda pemain yang versatil dan lebih mudah untuk anda belajar bagaimana mahu mengatasi hero-hero tertentu.

5. Belajar benda baru

Kadang-kadang malas menjadi punca utama untuk ada tidak belajar benda baharu dalam MLBB.

Sentiasa belajar dan anda boleh praktikkan beberapa benda yang anda belajar.

Banyak kandungan di internet seperti panduan, video mudah dan sudah semestinya kandungan-kandungan ini dibuat oleh orang yang sudah lama bermain atau pemain profesional.

6.Bermain Hero Meta

Semestinya tidak semua hero akan kuat selama-lamanya.

Meta memainkan peranan penting untuk anda push rank.

Betul, jika anda menggunakan hero yang tidak meta anda masih boleh menang tetapi kesukaran itu amatlah terasa.

Anda boleh mempelajari hero-hero yang meta dan popular setakat ini.

Ketika dalam pembelajaran, mainlah permainan Classic dahulu kemudian baru bermain di Rank.

RELATED NEWS

+