TMJ Dilantik Sebagai Penasihat Diraja Bagi Esports Malaysia (ESM)

Tuanku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penasihat diraja untuk Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) bagi memberi bimbingan dan nasihat selain memberikan bantuan kewangan. 

“Presiden ESM sendiri mencadangkan hal ini dan dipersetujui oleh kesemua ahli jawatankuasa,” kata Hisham Darus, Setiausaha Agung ESM ketika dihubungi MyGameOn.

Beliau juga menambah, persatuan ini akan menerima bantuan kewangan kelak bagi meneruskan aktiviti persatuan dan menaikkan industri e-sukan di Malaysia. 

Berita ini diumumkan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor semalam menyatakan TMJ menerima mengadap wakil daripada Majlis Belia Malaysia, En Jufitri Joha (presiden) dan En Muhammad Fadzli Hasan (timbalan presiden) serta Presiden Majlis Belia Negeri Johor, En Sallehen Mohamad.

Gambar featured image: FB HRH Crown Prince of Johor

RELATED NEWS

+