mengumumkan bersara daripada industri e-sukan."> mengumumkan bersara daripada industri e-sukan." /> mengumumkan bersara daripada industri e-sukan." />

Tobiwan tinggalkan e-sukan, mengejutkan komuniti Dota 2 seluruh dunia

Baru beberapa hari lalu kita menyaksikan Paul “Redeye” Chaloner, figura terkenal dalam Dota 2 mengumumkan bersara daripada industri e-sukan. 

Semalam, Toby “Tobiwan” Dawson pula mengumumkan langkah drastik ini, sekali gus mengejutkan komuniti Dota 2 seluruh dunia.

Beliau sebelum ini didakwa dengan beberapa pertuduhan termasuklah gangguan seksual. Hal ini menyebabkan pengguna Twitter mengecam dan seorang demi seorang mangsa gangguan seksual muncul dan mengaku pernah diganggu oleh Tobi. Malah, pengulas lain yang pernah bekerjasama dengan Tobi juga membuka mulut.

Nampaknya, Tobi menukar nama akaun Twitter beliau kepada “Inactive”, menunjukkan beliau mungkin akan meninggalkan arena e-sukan buat selama-lamanya dan memfokuskan pada keluarga.

Menyokong kuat keputusan itu adalah satu surat yang ditulis oleh Tobi yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dilemparkan. Surat itu juga mengandungi permohonan maaf dari Tobi ke atas sesiapa yang terasa dengannya dan kepada mereka yang membantunya dalam 17 tahun di dalam industri e-sukan.

Dalam satu ucapan terakhir surat tersebut “Never again in the history of Dota” ditulis – satu ucapan popular dari beliau dari tahun 2012 lalu. 

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+