"> " /> " />

Todak Academy anjurkan program di Stadium Nasional Bukit Jalil, juga ada meet and greet bersama pemain

Todak Academy dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan serta Skim Perantisan Nasional menganjurkan program Todak @ Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga program anjuran Todak Academy Sdn. Bhd.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada belia Malaysia berkenaan dengan program-program pengajian yang berkaitan dengan industri e-sukan dan permainan video.

Ia akan diadakan di di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (19 Mac) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan serta Skim Perantisan Nasional secara amnya bertujuan memberikan pendedahan kepada belia seluruh Malaysia berkenaan dengan program-program pengajian yang berkaitan dengan industri permainan video.

Anda masih boleh mendaftar di laman web rasmi mereka.

Malah program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat pasukan Todak khususnya pasukan Todak MLBB yang mewakili Malaysia bagi temasya Sukan SEA Hanoi 2021.

Ianya untuk memberi inspirasi kepada belia Malaysia yang mempunyai minat menceburi bidang e-sukan yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Bagi yang mendaftar untuk program sijil profesional UTMSPACE, mereka akan belajar topik memfokuskan kepada Pengurus E-Sukan dan Pembangunan Permainan Video.

Antara sub-topik yang dikhususkan adalah pengenalan kepada e-sukan dan jenis-jenis karier. Bagi topik pembangunan permainan video pula akan meneroka proses penciptaan permainan video dan karier ditawarkan dalam industri ini. 

Bagi bengkel MLBB pula, mereka akan mengajar cara-cara meningkatkan mutu permainan dalam MLBB.

Pengurus besar Todak Academy, Encik Taufik Rizal berkata, “Program yang dijalankan ini akan mendedahkan belia Malaysia tentang masa depan e-sukan dan juga perkembangan pesat industri permainan video yang membuka peluang pekerjaan kepada belia,”

Bagi pihak belia yang berminat untuk hadir boleh mengesahkan kehadiran mereka melalui borang kehadiran di laman web rasmi Todak Academy Sdn Bhd.

RELATED NEWS

+