WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!"> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" /> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" />

Todak Academy dan Kelas Digital tandatangan perjanjian persefahaman pembelajaran Kreatif Digital di Indonesia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!


Todak Academy kini melakar sejarah baharu dengan menjalinkan kerjasama bersama Kelas Digital, Indonesia.

Kolaborasi ini yang pertama seumpamanya di antara sebuah akademi e-sukan dari Malaysia dan syarikat berteraskan teknologi beroperasi di Indonesia.

Foto: Todak Academy

Perjanjian ini adalah memfokuskan kepada pembaharuan dan pencetus transformasi pendidikan digital kepada sektor pendidikan tinggi dan umum setempat.

Perjanjian Persefahaman (MOU) dimeterai di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta dan merupakan satu manifestasi kepada komitmen kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif dalam memeprtingkatkan inovasi dan pembaharuan pembelajaran digital.

Foto: Todak Academy

Ini juga merupakan langkah permulaan bagi Todak Holdings melalui Todak Academy untuk pemgembangan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Majlis menandatangani MOU ini disaksikan oleh YBhg. En. Farzamie Bin Sarkawie, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia ke Republik Indonesia dan Dr. Hasnul Faizal Bin Hushin Amri, Pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI).

Foto: Todak Academy

“Kolaborasi ini menzahirkan komitmen kerjasama di antara dua institusi yang mempunyai reputasi yang besar di dalam lanskap pendidikan digital di Asia Tenggara. Kami berharap Todak Academy dapat menyediakan inisiatif-inisiatif pendidikan khusus kepada pasaran Indonesia terutamanya kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri permainan dan industri kreatif melalui aplikasi daripada Kelas Digital.

“Selain itu, MOU ini akan menjadi langkah pertama kepada kerjasama yang berterusan dan proaktif di antara kedua-dua pihak.” Ujar YBhg. En. Farzamie Bin Sarkawie, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia ke Republik Indonesia dalam ucapannya.

“MOU ini menjadi pencetus kepada lembaran episod baru yang amat menarik kepada Todak Academy,” kata Mohamad Taufik Rizal Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy.

“Kolaborasi dengan Kelas Digital merupakan simbolik bagi komitmen Todak Academy untuk membawa pembelajaran kreatif digital kami melangkaui pasaran setempat malah ke arena global.

“Melalui kerjasama ini, visi Todak Academy untuk menjadi platform pendidikan yang melangkaui norma pendidikan konvensional dan mempelbagaikan metodologi pembelajaran yang akan memberikan kelebihan melalui pembelajaran digital kepada para pelajar dan pendidik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerjasama ini juga akan memanfaatkan kekuatan kedua-dua institusi dengan menggabungkan kepakaran dan pengalaman Todak Academy dalam bidang animasi, pembangunan permainan video dan e-sukan disamping infrastruktur teknologi dan pelantar pembelajaran elektronik daripada Kelas Digital.  

RELATED NEWS

+