Todak ambil alih TRX Elementus, nafi pembelian slot ke PMPL MYSG musim ketiga

Todak hari ini mengesahkan hak pemilikan mereka ke atas pasukan PUBG Mobile, TRX Elementus  yang dianggotai oleh Ahmad Hasif Hais (Janick), Muhammad Asyraf Mustaffa (Ginboy), Muhammad Danish Yusniza (Kid) dan Chocojr.

Mereka akan bertanding di PMPL MY/SG Musim Ketiga tak lama lagi.

Todak dalam satu kenyataan berkata, mereka menafikan pembelian slot untuk PMPL.

“Desas desus mengatakan pasukan Todak PUBGM membeli slot ke PMPL merupakan satu maklumat tidak benar sama sekali.

“Kepada yang mengikuti perkembangan, pencapaian kami tidaklah begitu memberangsangkan jadi pihak pengurusan buat keputusan membubarkan pasukan Todak PUBGM.

“Kami bagaimanapun masih berkeinginan untuk berada dalam industri ini jadi kami cari pasukan layak bernaung di bawah jenama Todak,” tulisnya.

Dalam kenyataan sama, Todak mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan TRX untuk memiliki pasukan tersebut sepenuhnya.

Mereka juga menyerap pemain asal dan memanggil semula Kid untuk kembali beraksi kerana faktor prestasi dan disiplin.

Todak juga berharap tidak ada spekulasi lain timbul dan mereka ingin terus buat yang terbaik di arena profesional PUBGM ini. 

Foto: Todak

RELATED NEWS

+