Todak Apprentice – pasukan perintis bercita-cita tinggi

Peneraju jenama gaya hidup urban di Malaysia, Todak semalam mengumumkan ‘legasi’ atau perintis kepada pasukan Mobile Legends mereka, dinamakan Todak Apprentice.

Pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata objektif penubuhan skuad ini adalah melatih dan menggilap bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pemain profesional pasukan Todak. 

“Selain itu, Todak Apprentice juga akan menjadi rakan ‘scrim’ kepada skuad utama Todak.

”Nama Apprentice ini bermaksud perintis dan mereka akan belajar banyak strategi dengan skuad utama sekali gus menjadikan mereka sebagai pelapis,” katanya ketika dihubungi.

We are proud to announce Our second mlbb team: Todak ApprenticeExpect great things from us.#todak #todakmlbb #todakapprentice

Posted by Todak Mlbb on Friday, September 25, 2020

Todak Apprentice terdiri daripada:

  • Ashi sebagai pengurus dan kapten
  • Muhammad Nazreen bin Nasir ( Vins ) ( Support )
  • Idreen bin Abdul Jamal ( Momo ) ( Carry )
  • Fetrey Haikal bin Abdul Halim ( Medal ) ( Jungler )
  • Muhammad Zaafarani bin Zulkifli ( Royal ) ( Carry )
  • Azmi bin Rosli (Jemi) (Support/Tank)

Kata Ashi, cabaran terbesar ketika ini adalah membina keserasian memandangkan mereka masih baru.

”Mereka sebelum ini tak pernah menjalani kehidupan sebagai pemain profesional,”

Seperti pasukan utama Todak MLBB , Todak Apprentice juga mempunyai hala tuju yang sama iaitu untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Kata Ashi, setiap kejohanan yang disertai, tiada matlamat lain selain menjadi juara.

“Paling penting, Todak Apprentice ini diharap akan menjadi salah satu pasukan yang akan digeruni bukan sahaja di Malaysia, tapi diseluruh dunia, Insya-Allah,” katanya.

Mereka juga baru-baru ini menjuarai kejohanan Selangor Xtiv Virtual Esports 5.0.

 

RELATED NEWS

+