Todak berjaya layak ke M3, menewaskan Orange Esports 3-2

Pasukan Todak akan berlawan dengan pasukan Orange Esports di peringkat lower bracket final pada hari ini.

Pemenang akan layak ke Kejohanan Dunia M3 dan bertemu dengan pasukan SMG untuk merebut gelaran juara MPL MY musim kelapan.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Orange Esports sekali lagi membawa masuk hero baru untuk LinkEzaa iaitu Yi Sun-Shin. Beliau berjaya mendapatkan farming yang cukup untuk mendapatkan barang damage seperti War Axe dan Endless Battle.

Kekuatan pasukan Orange di dalam perlawanan ditambah lagi dengan Maximum Charge yang digunakan oleh Kimmy untuk menekan pasukan Todak dari memenangi perlawanan.

Selepas berjaya menumbangkan Moon dan Lord pada minit ke-14, Orange terus memberikan tekanan kepada pasukan Todak untuk menghancurkan 2 inhibitor turret.

Pasukan Todak cuba untuk bertahan namun begitu perbezaan gold yang begitu ketara pada minit ke-18 memberikan kelebihan untuk pasukan Orange menamatkan permainan.

PERLAWANAN KELIMA

Pasukan Todak menggunakan draft yang berlainan dengan membawa masuk Balmond sebagai jungler.

Manakala pasukan Orange menggunakan draft Granger dan Natan untuk menguasai permainan.

Perbezaan gold pada minit ke-11 sudah mencapai 5 ribu yang memihak kepada pasukan Todak. Mereka berjaya mengawal peta untuk menyekat kemaraan pasukan Orange Esports.

Todak terus memberikan tekanan selepas mendapatkan Lord yang pertama. Mereka berjaya menghancurkan 1 inhibitor turret milik pasukan Orange.

Pasukan Todak akhirnya menamatkan permainan pada minit ke-16 selepas pushing dilakukan oleh pasukan Todak bersama Luminous Lord terlalu kuat untuk pasukan Orange hadapi.

Pasukan Todak seterusnya akan bertemu dengan pasukan SMG selepas ini untuk merebut gelaran juara MPL MY musim kelapan.

 

 

 

 

 

RELATED NEWS

+