PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Todak harus akui Red Esports lebih cemerlang kali ini, tewas 1-2

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Todak pada awal permainan menunjukkan prestasi yang agak baik dengan melakukan rotasi yang berkesan terhadap Red Esports. Pemilihan Barats sebagai jungler sangat berkesan untuk Todak, damage yang dikeluarkan sangat tinggi untuk fasa early game. Mal juga mengalami kesukaran untuk farming.

Namun begitu, Red Esports membalasnya dengan Mal bermain Ling begitu baik sekali, walaupun pada mulanya beliau dikawal oleh pasukan Todak. Selepas Mal siap barangnya, beliau mula memberikan damage yang tinggi dan Red Esports mula memenangi setiap pertarungan yang berlaku.

Semasa pasukan Todak sedang sibuk mempertahankan lane bawah pada minit ke-21. Eren mengambil peluang itu untuk menamatkan permainan dengan split pushing. Ajiq yang sedar tentang perkara itu lambat mengambil tindakan dan Red Esports mengambil permainan yang pertama.

MVP untuk perlawanan pertama menjadi milik Mal, walaupun berkali-kali dikawal oleh pasukan Todak, Mal berjaya bangkit semula untuk menghancurkan barisan pemain Todak yang mengalami kemerosotan corak permainan di peringkat late game.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan Todak mempunyai kelebihan pada minit awal, mereka berjaya menghancurkan dua turret pada minit ke-6 dan mempunyai kill sebanyak 5 berbanding Red Esports mempunyai 2. Momo mengekalkan pertahanan di lane beliau dengan begitu baik sekali. Red Esports gagal untuk menembusi lane itu. 

Pasukan Todak berjaya mengawal peta dan jungle, Red Esports masih tidak mempunyai jawapan untuk menghentikan Momo memberikan damage yang tinggi dan menganggu pasukan mereka. Selepas pertarungan demi pertarungan berlaku, Red Esports berjaya mengubah nasib mereka apabila mereka berjaya mendapatkan Lord terakhir pada minit ke-26. Todak yang tidak mampu menangani Lord yang terlalu kuat terpaksa menyerah kalah dan Red Esports menang pada minit ke-27.

MVP menjadi milik Haru untuk perlawanan yang begitu lama ini, rotasi serta kehebatan beliau melindungi pasukannya harus diberikan pujian untuk pasukan Red Esports melakukan comeback.

RELATED NEWS

+