“Todak ingin berjumpa dengan Homebois dan SMG,” – Moon

Pasukan Todak bertemu dengan Team Caracal pada hari ketiga minggu kelima MPL MY S9.

Todak mendominasi di perlawanan pertama dengan penggunaan Lunox dan Dyroth yang sangat membantu mereka di dalam perlawanan.

Team Caracal sekali lagi mengalami kesukaran di perlawanan kedua.

Walaupun mereka membawa masuk Fanny untuk digunakan LinkEzaa, pasukan Todak tetap mendominasi dengan penggunaan Paquito yang sangat mantap oleh 4Meyz.

Todak terus mengawal peta selepas Ciku mendapat core item yang diperlukan.

Mereka mengekalkan momentum dan terus mendapatkan kemenangan pada minit ke-14.

Di dalam satu temubual bersama Moon selepas kemenangan Todak ke atas Team Caracal, ditanya faktor Todak dapat mengekalkan momentum.

“Masing-masing tahu tentang objektif yang perlu dikejar, itu sebabnya kami dapat mengekalkan momentum,” katanya.

Moon juga ada berkata tentang Franco.

“Franco kuat sebab ia adalah hero yang menakutkan dan bergerak sangat laju,”

Ketika ditanya tentang pasukan manakah dari kumpulan A yang Todak ingin lawan, Moon mengatakan mereka ingin bertemu Team SMG dan HomeBois kerana Vins adalah bekas pemain Todak.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+