Todak ke Grand Final kelayakan Sukan SEA 2021

Pusingan kelayakan ke Sukan Asia Tenggara (SEA) yang ke-31 untuk permainan peranti mudah alih MLBB menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan Homebois di peringkat upper bracket final.

Todak bermain dengan sangat agresif di perlawanan pertama. Mereka fokus kepada objektif untuk mengambil turtle dan melakukan rotasi untuk menumbangkan ahli pasukan Homebois.

Pasukan Homebois memerlukan ruang untuk farming kerana mereka membawa masuk Aulus sebagai jungler. Todak menggunakan peluang itu untuk menyekat Chibi dari terus melakukan farming.

Pasukan Todak terus menguasai permainan dan pasukan Homebois harus bertahan untuk mendapatkan kembali rentak.

Akan tetapi, pasukan Homebois berjaya bertahan dari asakan Todak yang ingin menjatuhkan crystal. Mereka kembali semula di dalam permainan dan mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-13.

Kesilapan yang dilakukan Homebois pada minit ke-14 menyebabkan mereka kehilangan tiga orang ahli pasukan dan harus mempertahankan base mereka. Pasukan Todak akhirnya menamatkan permainan tidak berapa lama kemudian.

Pasukan Todak meneruskan momentum mereka di perlawanan kedua dengan pemilihan Granger oleh Ciku. Kedua-dua pasukan saling memberikan asakan kepada satu sama lain.

Namun begitu, menjelang di fasa akhir permainan, Todak mula menguasai permainan dengan setup yang dilakukan oleh Moon dan juga Momo menggunakan sniper Beatrix.

Homebois seringkali mendapatkan Lord namun mereka sering ditewaskan menyebabkan Lord yang diambil hanyalah sia-sia.

Kesilapan yang dilakukan oleh Homebois pada minit ke-16 menyebabkan pasukan Todak mendapat kelebihan dan terus menamatkan permainan.

Pasukan Todak akhirnya mara ke peringkat Grand Final. Manakala pasukan Homebois masih mempunyai peluang, mereka akan bertemu dengan pasukan RSG MY selepas ini.

RELATED NEWS

+