Todak langgar Homebois 2-0, Geek Fam menanti

Pusingan kedua peringkat playoff MPL MY musim kelapan menyaksikan pasukan Todak akan akan bertarung dengan Homebois untuk ke peringkat seterusnya.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Todak lebih kuat di awal permainan, mereka mempunyai Chou yang akan setup perlawanan dan Roger untuk melakukan clean up pasukan Homebois. Ciku berjaya mendapatkan maniac pada minit ke-7 dengan bantuan dari Esmeralda yang menahan damage dari pasukan lawan.

Ciku terus mengganas menggunakan roger, mencari kill demi kill di dalam peta. Pasukan Homebois gagal menghentikan pasukan Todak untuk mendapatkan Lord pada minit ke-11. Pasukan Homebois kehilangan 2 inhibitor turret pada minit ke-14, Todak berjaya mendapatkan kemenangan selepas 1 minit kemudian.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Todak menggunakan Yi Sun-Shin sebagai jungler dan mereka sangat mendominasi di perlawanan kedua ini. Rotasi demi rotasi dilakukan untuk menumbangkan pasukan Homebois. Real World Manipulation yang dikeluarkan oleh Moon memberikan burst damage yang sangat tinggi.

Lord pertama berjaya diambil oleh ciku tanpa sebarang gangguan. Pasukan Homebois yang mengalami kekurangan gold dan item tidak dapat bertahan dan kemenangan berjaya didapatkan pasukan Todak pada minit ke-12.

Todak akan mara ke peringkat seterusnya untuk berlawan dengan Geek Fam bagi menentukan siapakah yang layak ke lower bracket final nanti.

RELATED NEWS

+