Todak layak ke MSC 2022

Pasukan Malaysia, Todak adalah wakil negara pertama ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia bermula 11 Jun hingga 19 Jun ini.

Mereka layak selepas menewaskan Suhaz Esports, 3-0 di pusingan upper bracket final Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9 hari ini.

Difahamkan, hanya dua wakil Malaysia akan layak ke kejohanan serantau itu iaitu juara dan naib juara MPL MY S9.

Selain itu, peminat dikatakan boleh menyaksikan sesi cabutan kumpulan pada 29 Mei yang mana bracket bagi setiap kumpulan akan didedahkan berserta format.

MSC 2022 menawarkan hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.26 juta), dua kali ganda prizepool berbanding tahun lalu.

Ia adalah kejohanan offline pertama bagi MSC tahun ini selepas diadakan secara maya pada tahun lalu.

Ini adalah senarai 12 negara yang akan menyertai:

  • Indonesia (juara dan naib juara MPL ID S9)
  • Filipina (juara dan naib juara MPL PH S9)
  • Malaysia (juara dan naib juara MPL MY S9)
  • Singapura (juara dan naib juara MPL SG S3)
  • Kemboja (juara dan naib juara 2022 Spring Split)
  • Myanmar (juara pusingan kelayakan)
  • Laos, Vietnam dan Thailand (juara daripada kelayakan yang mempertandingkan tiga negara ini)

Pada 2017, ia diadakan secara offline di Jakarta, diikuti Manila Filipina.

Kejohanan ini bakal menyaksikan pasukan MLBB terbaik di Asia Tenggara berentap.

Pada tahun lalu, MSC 2021 mencatatkan 2.28 juta tontonan serentak dan 32 juta tontonan keseluruhan menurut Esports Chart.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+