Todak mara ke lower bracket final

Pasukan Todak akan berlawan di lower bracket final bertemu Suhaz EVOS esok selepas menewaskan skuad Red Esports 2-1 sebentar tadi.

Dalam perlawanan sengit tersebut, Todak menaruh harapan pada Hayabusa pada game ketiga (penentuan) bagi menangkap mage dan support Red Esports iaitu Ash dan Cakbu.

Strategi itu nyata berkesan apabila Hayabusa bukan saja memenangi lanenya sendiri tapi berjaya menangkap hero penting.

Dengan kemenangan ini, maka sudah berakhir perjalanan Red Esports di MPL kali ini.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+