Todak mencari bakat baru untuk digilap menjadi lebih bersinar

Pasukan Todak adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka berjaya menjadi juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim keenam. 

Mengikuti Kejohanan Dunia Siri M berturut-turut membuatkan Todak mempunyai pengalaman yang cukup mendalam di dalam arena kompetitif ini.

Kini Todak mengumumkan mereka akan mencari pemain baru yang dikenali sebagai “Todak Apprentice” untuk digilap bakat mereka dengan lebih baik di dalam divisi MLBB.

Syarat-syarat utama untuk menyertai pencarian bakat baru ini adalah mereka harus berumur 18-23 tahun dan mempunyai rank mythic glory sekurang-kurangnya 1000.

Selain itu, individu itu harus mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik serta pemahaman role masing-masing dan akhir sekali mempunyai sambungan internet yang kuat dan stabil.

Jadi apa anda tunggu lagi, mungkin anda adalah individu yang dicari dan akan berpeluang untuk bermain bersama pasukan Todak dan menjadi pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+