Todak mengacah 2 pemain baru dan seorang penganalisis

Todak adalah salah sebuah pasukan yang disegani di tanah air ketika ini, juara musim keenam ini menyajikan corak permainan yang konsisten dan versatilMereka mempunyai hero pool yang besar dan ada di antara pemain mereka mampu untuk bertukar posisi di dalam permainan.

Namun begitu, mereka telah kecundang di MSC 2021 dengan kekalahan di bawah pasukan BTR di peringkat playoff hari pertama. Seperti pasukan yang lain, Todak juga ingin melakukan reset di dalam pasukan. Oleh itu, mereka telah memberikan hint di laman rasmi akaun Instagram milik mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Kemasukan jungler dan tank yang baru mungkin akan memantapkan lagi prestasi pasukan Todak kali ini. Kemasukan penganalisis baru juga akan memberikan ruang kepada Todak untuk mengkaji strategi baru bagi memahami meta terkini dan menciptakan satu corak permainan yang tidak dikenal pasti oleh musuh.

Nantikan kemunculan pemain-pemain baru ini tidak lama lagi, persoalan yang timbul adakah pemain baru ini akan menggantikan skuad utama Todak yang telah lama bermain bersama? Kita saksikan.

RELATED NEWS

+