Todak mengacah pemain baru untuk pasukan Mobile Legends mereka

Pasukan Todak berjaya mendapatkan tiket ke Kejohanan Dunia, M3 baru-baru ini meskipun mereka tewas di tangan Team SMG dengan skor 0-4 di Liga MPL MY musim kelapan.

Selesai sahaja MPL berlalu, Todak kini mengacah pemain baru yang akan menyertai pasukan itu untuk bertanding di kejohanan seterusnya.

Sudah pasti kemasukan pemain ini ke dalam pasukan akan menguatkan lagi kekuatan Todak ketika ini. Mereka sebelum ini memberikan saingan yang sengit di dalam liga MPL MY musim kelapan dan juga salah satu calon kejohanan dunia M1 sehingga M3 secara berturut-turut.

Siapakah pemain baru yang akan diumumkan itu? Sambil menunggu pengumuman dari Todak pada jam 6 petang ini, nyatakan tekaan anda terlebih dahulu di ruangan komen yang disediakan.

RELATED NEWS

+