Todak MLBB nombor tiga terbaik dunia mengikut ranking GosuGamers

Mengikut ranking dari GosuGamers, Todak kini menduduki kedudukan tiga terbaik dunia dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Berbekalkan kemenangan di Liga Profesional (MPL) MY S9 tempoh hari dan tiga kemenangan berturut-turut. Todak juga turut layak ke MSC 2022 selepas menewaskan Orange Esports 4-1. Pun begitu, Orange akan menemami Todak kerana menjadi naib juara.

Sementara itu, RRQ Hoshi mencatatkan kemenangan 12 kali berturut-turut lalu melayakkan mereka mendapat kedudukan pertama dengan 1,304 mata.

Walaupun begitu, RRQ hanya mencatatkan sebanyak AS$68,000 hadiah diperoleh sementara Todak pula AS$110,900 (RM482,000) setakat ini.

Sumber: GosuGamers

RELATED NEWS

+