Todak percaya dengan barisan pemain lama

Pemenang tempat kelima Kejohanan Dunia M3 iaitu Todak memberikan saingan hebat pada tahun 2021. Mereka berjaya menjadi naib juara MPL MY musim kelapan selepas tewas di tangan pasukan SMG dengan skor 0-4.

Namun begitu, mereka berjaya bangkit kembali di Kejohanan Dunia M3 selepas menewaskan pasukan-pasukan yang hebat seperti SeeYouSoon dari Kemboja dan Navi dari CIS. Nasib mereka kurang baik selepas tewas tipis di tangan tuan rumah EVOS SG ketika itu.

Kini, Todak akan melanggar lagi sekali MPL MY musim ke-9 bersama barisan pemain yang lama. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

Adakah Todak akan mengulangi prestasi mereka yang cemerlang di MPL MY musim ke-8? Kita bakal saksikan.

Foto: Todak MLBB

RELATED NEWS

+