Todak umumkan kolaborasi baru bersama seorang wanita

Todak kini mengumumkan akan ada era baru kolaborasi bersama seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi @todakmlbb.

Menurut mereka, “Bersiap sedia untuk memberikan laluan kepada ratu kami,”. Setakat ini, kolaborasi ini masih menjadi lagi satu misteri untuk para peminat.

Namun ada di antara netizen yang menyatakan bahawa wanita di dalam hantaran itu adalah @lejosette, seorang streamer dan juga cosplayer dari Malaysia.

Malah, Ikuto juga pernah mendedahkan di media sosialnya yang Josette pernah ada perjumpaan dengan Todak.

Sejauh manakah kebenaran itu akan terjawab tidak lama lagi apabila pasukan Todak umumkan kolaborasi ini.

Sama-sama kita nantikan berita gembira ini. 

Foto: Todakmlbb

RELATED NEWS

+