Todak VS Orange, siapa bakal dominasi?

Perlawanan pertama di minggu akhir peringkat liga MPL Malaysia musim kelapan kali ini amat dinanti-nantikan. Pemegang tempat pertama kumpulan A, Orange Esports akan bertemu dengan Todak yang mendominasi kumpulan B.

Kedua-dua pasukan ini sudah menjamin slot ke upper bracket playoff yang akan berlangsung pada 2 minggu lagi. Todak berani menggunakan meta baru dan mampu mengecapi kemenangan.

Sementara itu, pasukan Orange Esports terdiri dari ramai pemain baru dan ada di antara mereka yang belum pernah bermain di liga MPL. 

Namun begitu, mereka menunjukkan kepada pemain veteran bahawa mereka bukanlah satu pasukan yang lemah dan baru. Corak permainan mereka seperti sudah lama mencapai keserasian yang diperlukan di dalam sebuah pasukan.

LinkEzaa, salah satu jungler yang paling konsisten kini harus berdepan dengan juara musim keenam bagi membuktikan kepada peminat bahawa beliau adalah pemegang gelaran MVP terbanyak setakat ini.

Siapakah yang bakal memenangi perlawanan kali ini? Adakah pasukan Todak berjaya memakan buah Orange atau Orange berjaya memasak ikan todak 3 rasa, kita bakal saksikan.

Foto: MPL Malaysia

RELATED NEWS

+