Todak wakil kedua negara ke MSC 2021

Pasukan Malaysia, Todak berjaya menjadi wakil kedua negara bagi Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC 2021) yang akan berlangsung pada awal Jun nanti. 

Mereka menang 3-1 dalam perlawanan ke atas Suhaz EVOS sebentar tadi. Selain layak ke MSC 2021, Todak juga akan berentap di Grand Final MPL MY S7 petang nanti.

Jom baca lebih lanjut bagaimana setiap perlawanan ini dimainkan.

PERLAWANAN PERTAMA

Todak bermain dengan begitu baik pada perlawanan pertama. Dengan draft yang lebih memihak kepada mereka, Todak berjaya mengeluarkan strategi yang ingin dilaksanakan, iaitu dengan memberikan 4Meyz Hayabusa bagi melakukan split push dan funnel kesemua gold kepada Ciku.

Yang menariknya lineup ini adalah dua tank untuk menangkap pemain Suhaz EVOS. Malah, pemilihan Chang’e juga bantu untuk jatuhkan Alice jika beliau orb ke dalam teamfight.

Suhaz juga sepertinya kurang berkesan memilih Hylos yang banyak menerima damage sebelum sempat masuk war

Pada pusingan  ini,  Moon membeli Necklace of Durance dan menyiapkan empat items sekali gus membuatkan Meteor Shower terasa sangat pedih

4Meyz mendapat gelaran MVP kali ini dengan prestasi memberangsangkan sebagai Hayabusa.

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua, sepertinya Suhaz EVOS sudah kembali menemukan momentum apabila tewas game pertama tadi. Ibarat panas badan, Suhaz EVOS menggunakan lineup lebih selesa iaitu Chang’e, Hayabusa dan Grock.

Ketiga-tiga hero ini sangat berkesan untuk membuat play. Grock boleh masuk ke depan dengan immunity dan Chang’e boleh support dari belakang. Pada perlawanan ini juga, Eavy menggunakan Benedetta berjaya memulakan teamfight dengan ultimate ke belakang dan menangkap core dengan mudah.

Walaupun Ciku membeli Wind of Nature untuk counter tiga hero dengan serangan fizikal, namun, Suhaz EVOS masih ada Chang’e dan tidak dilupakan juga execute bagi mematahkan taktik ini.

D’Ace mendapat MVP pada perlawanan ini dengan penggunaan Grock yang baik.

PERLAWANAN KETIGA

Pada perlawanan ketiga, Todak bermain dengan strategi sedikit berbeza. Mereka menukar posisi 4Meyz yang bermain jungler dan Ciku sebagai side. Strategi ini berjaya apabila Ciku mendapatkan free farm yang sangat lama bagi menyiapkan item.

Tapi yang boleh dikatakan momen game changer adalah Khufra dan Kagura yang boleh kombo dengan mudah. Tyran’t Rage dan Yin Yang Overturn mampu melenyapkan core pemain EVOS dengan mudah.

Pada perlawanan ini, kelihatan kesemua pemain Todak memberikan sumbangan yang sama banyak.

Lancelot dengan damage tinggi. Wan-Wan juga. Paquito pula membina item tank sama seperti Khufra.

4Meyz sekali lagi menjadi MVP dalam permainan ini.

PERLAWANAN KEEMPAT

Tidak ada apa yang boleh menghalang momentum Todak apabila mereka sekali lagi meneruskan perlawanan keempat seperti yang terakhir.

Pemilihan hero Lunox untuk Ciku adalah sangat berkesan kerana mereka ingin drag sampai minit akhir. Ciku boleh counter Esme dan Aldous dengan mudah.

Yang menjadi kesilapan pada minit akhir apabila Eavy ditangkap 4Meyz dan Hyhy ditangkap berseorangan di kawasan Lord.

Jika dilihat dari item, Moyy membeli Twilight Armor untuk menahan serangan berterusan daripada Aldous. Ciku pula membeli Divine Glaive bagi menambahkan output serangan diberikan.

RELATED NEWS

+