“Todak yakin untuk berhadapan Team SMG malam ini,” – Ashi

Perlawanan pertama peringkat upper bracket playoffs MPL MY musim ke-9 akan bermula pada hari ini pada jam 8.30 malam.

Pasukan Todak akan bertemu dengan Team SMG untuk kali ketiga selepas mereka tewas sebanyak dua kali di perlawanan sebelum ini.

Terdahulu, pasukan Todak tewas di tangan Team SMG di peringkat Grand Final MPL MY musim kelapan dengan skor 0-4.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual pengurus pasukan Todak iaitu Ashi. Ditanya tentang keyakinan pasukan Todak untuk bertemu Team SMG malam nanti. 

Ashi berkata pasukan Todak sangat yakin kerana persiapan sudah dibuat bagi menghadapi mereka.

“Saya yakin dengan kemampuan pasukan ini untuk berhadapan dengan pasukan SMG pada malam ini.

“Latihan intensif sudah diberikan oleh jurulatih Hazim dan para pemain juga sudah disediakan dengan maklumat yang cukup sepanjang playoff berlangsung,” katanya.

Team SMG semakin kuat di musim ini dengan kemunculan rookie baru iaitu Stormie dan juga pemain dari Indonesia, Harpist.

Dapatkah pasukan Todak menebus kembali kekalahan mereka di musim lepas? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+