Tom Clancy’s Elite Squad akan ditutup operasi pada bulan Oktober ini

Ubisoft sudah mengumumkan bahawa permainan peranti mudah alih mereka Tom Clancy, Elite Squad akan ditutup pada bulan Oktober ini.

Perkara ini didedahkan di laman web Elite Squad dalam catatan blog bertajuk “The Story Ends”. Ubisoft berkata “Ini menjadi satu perkara yang sangat menyedihkan buat kami, Ubisoft membuat keputusan untuk tidak akan memberikan kandungan yang baru lagi untuk Elite Squad,” ujar mereka.

Kemaskini terbaru yang dilancarkan pada semalam menjadi kandungan yang terakhir untuk Elite Squad. Pada 4 Oktober nanti, server permainan peranti mudah alih ini akan ditutup selama-lamanya seterusnya menjadi pengakhiran buat permainan itu.

“Ini bukan keputusan yang mudah, tetapi apabila kami sudah meneliti pilihan-pilihan yang ada, kami sudah membuat kesimpulan bahawa permainan tidak akan lagi mampu menjadi sustainable,” jelas blog itu.

Tom Clancy Elite Squad dilancarkan pada bulan Ogos 2020, sesudah ia diumumkan pada E3 2019. Permainan crossover ini merangkumi watak dari Splinter Cell, Rainbow Six, Ghost Recon dan The Division. Corak permainannya berdasarkan idea untuk mengumpulkan sebuah pasukan operasi yang hebat.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+