Tonton trailer permainan baharu Serious Sam 4

Devolver Digital telah mengeluarkan sebuah trailer permainan baharu untuk permainan video terbitan mereka Serious Sam 4. Judul tersebut dijadualkan untuk tiba di PC pada bulan Ogos tahun ini. Versi PlayStatio 4 (PS4) dan Xbox One pula akan tiba pada tahun depan.

Menurut trailer terbaru ini, Serious Sam 4 merupakan sebuah prekuel kepada siri permainan video Serious Sam. Pemain akan bermain sebagai Sam semasa dia menjadi ketua Earth Defense Force dan perlu menewaskan makhluk asing yang menyerang Bumi.

Serious Sam 4 boleh dipra-tempah untuk PC melalui Steam pada harga RM65. Versi Deluxe Edition pula boleh dipra-tempah pada harga RM80. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+