Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 capai jualan 1 juta unit, pecah rekod siri Tony Hawk

Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 membuktikan ramai pemain masih dahagakan remake yang menyeronokkan. Ia telah mencapai jualan satu juta unit dalam masa paling singkat dalam sejarah francais permainan Tony Hawk.

Perkara ini diumumkan oleh Activision Blizzard (penerbit) melalui akaun Twitter rasmi mereka. Setakat ini, mereka tidak memperincikan jumlah jualan mengikut platform.

Secara amnya, Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 memperoleh ulasan positif daripada kebanyakan pemain dan juga kritik profesional. Jelas sekali permainan ini berjaya menarik minat pemain yang dahulunya bermain versi PlayStation.

Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 kini boleh dibeli untuk PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+