Skate XL diumumkan akan hadir ke konsol pada bulan Julai. Pengumuman tersebut semestinya akan dilupakan ramai orang kerana raja permainan video skateboard bakal kembali pada hujung tahun ini."> Skate XL diumumkan akan hadir ke konsol pada bulan Julai. Pengumuman tersebut semestinya akan dilupakan ramai orang kerana raja permainan video skateboard bakal kembali pada hujung tahun ini." /> Skate XL diumumkan akan hadir ke konsol pada bulan Julai. Pengumuman tersebut semestinya akan dilupakan ramai orang kerana raja permainan video skateboard bakal kembali pada hujung tahun ini." />

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 diumumkan untuk PC, PS4, dan Xbox One

Pada minggu lepas, permainan video skateboard Skate XL diumumkan akan hadir ke konsol pada bulan Julai. Pengumuman tersebut semestinya akan dilupakan ramai orang kerana raja permainan video skateboard bakal kembali pada hujung tahun ini.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 telah diumumkan baru-baru ini dalam acara digital Summer Game Fest. Ia merupakan koleksi remaster dua judul pertama dalam siri permainan Tony Hawk’s Pro Skater yang asalnya dilancarkan di konsol PlayStation (PS1).

Koleksi ini akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 4 September 2020. Pembangunnya ialah Vicarious Visions dan ia diterbitkan oleh Activision.

Judul ini akan mengembalikan kebanyakan kandungan dalam Tony Hawk’s Pro Skater dan Tony Hawk’s Pro Skater 2 termasuklah pemain luncur terkenal seperti Chad Muska, Geoff Rowley, dan ramai lagi. Kebanyakan lagu soundtrack asal dua judul tersebut juga akan kembali.

Antara ciri-ciri baharu yang dimasukkan dalam koleksi ini selain daripada penambahbaikkan grafik adalah mod permainan dalam talian, cara kawalan baharu, dan juga mod rekaan Create-A-Skater dan Create-A-Park yang lebih beraneka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+