TonyK tak boleh bertanding di PMPL SEA Finals sebab tak cukup umur

Pemain PUBG Mobile kelahiran Thailand, Nattawut Muensa (TonyK) dilaporkan tidak akan bermain di Liga Profesional (PMPL Asia Tenggara) musim ketiga kerana tidak cukup umur.

Berita itu diumumkan pada 12 Mei lalu di posting Facebook FaZe Clan Thailand. Syarat wajib menyertai adalah pemain perlu berusia 16 tahun dan TonyK hanya tinggal lapan hari sebelum menginjak usia tersebut.

Ini bermakna hanya lima orang pemain akan mewakili pasukan itu di PMPL SEA Finals esok iaitu Bulshark, Vintorez, MR 5, Korpaii dan S0up 77.

Optimis dan ingin terus maju ke depan, FaZe Clan mengharapkan sokongan peminat di kejohanan peringkat Asia Tenggara itu nanti.

Walaupun tidak dapat bersaing, FaZe menjanjikan pemain muda ini dapat terus bersama pasukan dan bakatnya akan terus digilap dalam program berlainan.

RELATED NEWS

+