Topson ‘happy’ tinggal di Malaysia, suka nasi lemak

Topias Miikka “Topson” Taavitsainen adalah pemain profesional Dota 2 dan pernah memenangi The Internationals dua kali berturut-turut.

Topson juga kini pemain Dota 2 nombor enam terbaik dunia sekarang.

Ini temubual eksklusif Topson bersama Fly FM.

@mygameondotmy Bekas juara dunia Dota 2, Topson cerita pengalaman tinggal di Malaysia. #dota2 #topson #dreamog #dota #fyp #kakigaming #mygameon ♬ Paro Paro G – DJ Sandy

Topson, adakah ia sentiasa menjadi impian anda untuk menjadi pemain profesional atau adakah ia berlaku secara tiba-tiba?

Ia berlaku dengan tiba-tiba dan tidak pernah menjadi matlamat saya sebenarnya.

Ia lebih kepada, saya sangat seronok bermain dan saya sangat kompetitif sejak saya kecil dahulu.

Dan saya jadi bagus untuk bersaing dan saya fikir kenapa tidak untuk mencuba.

Adakah anda akan membuat kemunculan semula dalam pertandingan Dota 2 dalam masa terdekat?

Saya tidak begitu pasti. Mungkin jika saya dapat semangat semula satu hari.

Tapi sekarang saya hanya menikmati masa saya disini dan hanya bermain untuk seronok sahaja.

Apakah pendapat awak tentang bermain di server Asia Tenggara? Adakah jauh berbeza dari server Eropah?

Oh ya. Ia amat berbeza. Ia sedikit huru-hara, sedikit gila, benda seperti itu. Jadi ia mengambil masa yang banyak untuk biasakan diri. Ya, ia lebih bagus?

Saya lebih gemar server Eropah secara jujur.

Bagaimana rasanya hidup di Malaysia? Berapa lama awak akan tinggal kerana sekarang awak ada keluarga di sini?

Ia agak bagus, agak tenang. Masih menyesuaikan diri dengan cuara dan sebagainya. Saya menikmati masa saya di sini.

Sudah ke awak cuba memakan Durian?

Saya pernah cuba sekali suatu masa dahulu. Tetapi tidak pernah mencuba ia lagi sejak itu.

Saya tak kata saya bukan peminat tetapi saya juga, tak rasa saya peminat besar Durian.

Apa hidangan Malaysia kegemaran awak setakat ini?

Saya perlu pilih Nasi Lemak.

Jangan lupa dengar GenF bersama Fifi setiap hari minggu pukul 8 malam hanya di @FlyFM958

RELATED NEWS

+