Torchlight II Akhirnya Tiba Di PlayStation 4, Xbox One Dan Switch Pada 3 September Ini

Permainan video ala-ala Diablo III, Torchlight 2 akhirnya akan tiba di PlayStation 4, Xbox One dan Switch bermula 3 September ini. Sebelum ini, ia hanya dilancarkan di PC dan Mac saja.

Ia dibangunkan oleh Runic Games pada tahun 2012 bagi platform PC dan selepas 7 tahun, akhirnya akan tiba di konsol! Penulis pernah bermain game ini dan boleh dikatakan yang ia sangat recommended kerana konsep dungeon-crawling ditawarkan memang awesome dan juga aksi hack-and-slash yang buat korang rindu betul-betul pada Diablo klasik. Selain itu, dunia Torchlight II sangat misteri dan dibentuk dengan teliti.

Menurut penerbit Perfect World Entertainment, edisi konsol Torchlight 2 akan menambah fungsi kawalan yang dipertingkatkan, sistem sasaran lebih tepat, antaramuka spesifik untuk konsol, pencapaian (achievements) dan juga trofi serta haiwan peliharaan baru.

Tambahan, selain fungsi multi-pemain, pemain di Switch boleh bermain sehingga empat orang (empat joycon untuk satu skrin). 

Torchlight 2 dijangka akan berharga sekitar RM83 apabila dilancarkan di Switch, PS4 dan Xbox One pada September nanti.

Sumber: Eurogamer

RELATED NEWS

+