disiapkan dan judul tersebut akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 di PlayStation 4 (PS4)."> disiapkan dan judul tersebut akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 di PlayStation 4 (PS4)." /> disiapkan dan judul tersebut akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 di PlayStation 4 (PS4)." />

Trailer baharu The Last of Us Part II akan dikeluarkan malam ini

Baru-baru ini, Naughty Dog mengumumkan bahawa pembangunan The Last of Us Part II akhirnya telah disiapkan dan judul tersebut akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 di PlayStation 4 (PS4).

Studio tersebut juga telah mengumumkan bahawa sebuah trailer baharu permainan video tersebut akan dimuat naik hari ini jam 10 malam (waktu Malaysia).

Pada waktu ini, The Last of Us Part II berada pada situasi yang agak teruk akibat kebocoran maklumat jalan cerita yang berlaku pada penghujung bulan April. Menurut Sony, maklumat tersebut telah ditiriskan oleh penggodam.

Walaubagaimanapun, Naughty Dog masih berharap para peminat The Last of Us kekal teruja dengan sekuel ini dan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan spoilers yang kini berleluasa di media sosial.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+