Trailer gameplay Cyberpunk 2077 mempertunjukkan setiap aspek menarik permainan

20 hari sebelum pelancaran Cyberpunk 2077, CD Projekt Red telah memuat naik sebuah video trailer permainan untuk judul tersebut. Ia mempertunjukkan pelbagai perkara menarik dalam permainan tersebut seperti lokasi Night City, aktivit-aktiviti yang boleh dilakukan dalam bandar tersebut, dan sinopsis jalan cerita utama.

Jika anda masih belum pra-tempah permainan ini, penulis yakin trailer ini akan mendorong anda untuk melakukannya. Ia mempertunjukkan ciri-ciri skala permainan Cyberpunk 2077 yang sungguh besar dan penuh dengan kandungan menarik.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 10 Disember ini untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+